JANGKITAN COVID-19 NAIK 6.4 PERATUS DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Kesihatan)

Georgetown: Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow memaklumkan bahawa kes baharu jangkitan Covid-19 di Pulau Pinang menunjukkan peningkatan 6.4 peratus iaitu daripada 1,007 kes pada Minggu Epid (ME) ke-24 kepada 1,072 kes pada minggu berikutnya iaitu dalam tempoh 19 Jun hingga 25 Jun lalu.

Pihak Ketua Menteri masih menerima statistik harian dan analisis kes mingguan daripada Jabatan Kesihatan negeri Pulau Pinang (JKNPP) dan meminta orang ramai berjaga-jaga dengan trend peningkatan terbabit.

Dalam pada itu, tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan dalam tempoh berkenaan dan pihaknya berharap JKNPP dapat bersedia menghadapi sebarang kemungkinan luar jangka termasuk keperluan membuka semula Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di negeri itu.

 

Sumber:

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …