USAHA BERTERUSAN AKSB DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT

 

KOTA BHARU – Antara sumber air mentah yang dibekal oleh Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) bagi memenuhi keperluan pengguna seluruh Kelantan ialah daripada sumber air sungai 47 peratus, tapisan air sungai 29 peratus dan air tanah 24 peratus.
Terdapat empat agensi yang mengawal selia kualiti air terawat dan memberi kelulusan kepada AKSB sebelum air tersebut dilepaskan kepada pengguna iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
AKSB mempunyai dua kaedah bagi meningkatkan sumber air iaitu pertamanya membina Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) dan yang kedua membina Empangan di Nenggiri dan Lebir.
AKSB juga komited meningkatkan kuantiti air terawat melalui dua kaedah iaitu menaiktaraf Loji Rawatan Air (LRA) yang sedia ada dan membina LRA baharu.
Terdapat 12 LRA yang dinaiktaraf iaitu di Tanjong Mas, Merbau Chondong, Batu Gajah, Panggung Lalat, Manik Urai, Limau Kasturi, Wakaf Bunut, Bendang Nyior, Kelar, Peralla, Kuala Tiga dan Ayer Lanas/Gemang.
Manakala tujuh LRA baharu iaitu di Chiku, Kampung Telok, Chalil, Kemahang 1, Tualang 2, Ketereh dan Telok Mesira.

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut