CUBAAN PENYELUDUPAN BARANG KAWALAN DI SEMPADAN BERJAYA DIPATAHKAN

 

RANTAU PANJANG 22 Jun : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Cawangan Pasir Mas hari ini telah menerima serahan kes daripada Pasukan Gerakan Am Batalion 8 berhubung penyeludupan barang kawalan ke sempadan negara.
Rampasan telah dilakukan di Sekatan Jalan Raya, Cabang Empat Salam, Rantau Panjang, Kelantan keatas bahan bakar minyak petrol sebanyak 170 liter dengan ilai rampasan keseluruhan terhadap barang kawalan dianggarkan berjumlah RM 348.50 bersama sebuah kenderaan berpendaftaran Malaysia serta seorang pemandu lelaki dan kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan penguat kuasa KPDNHEP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas keatas mana-mana individu yang melanggar undang-undang yang telah dikuatkuasakan.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …