MAJLIS PECAH TANAH COUNCIL HOME (KUARTERS DBKL) SENTUL

KUALA LUMPUR, 21 JUN 2022 – Majlis Pecah Tanah Council Home (Kuarters DBKL) Sentul yang telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Dr Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan.

Pembinaan Council Home merupakan salah satu inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengatasi masalah perumahan warga kota khususnya golongan berpendapatan rendah.

Council Home Sentul adalah Council Home yang dibina diatas bekas tapak kuarters DBKL yang lama. Tapak ini dicadangkan untuk menggantikan banggunan asal kuarters yang tidak lagi sesuai untuk didiami.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah YBhg Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur serta pegawai-pegawai kanan DBKL.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …