JOM JADI PENDERMA AFERESIS! 

Tahukah anda?

Selain daripada pendermaan darah utuh (yang biasa dilakukan di kempen derma darah bergerak), terdapat juga pendermaan aferesis, di mana penderma hanya akan menderma plasma atau platelet kerana sel darah merah akan dipulangkan ke badan penderma. Oleh itu penderma apheresis boleh menderma darah sekerap setiap dua minggu ataupun setiap bulan. Ia hanya boleh dilakukan di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak.

Keperluan stok komponen darah plasma dan platelet tidak kurang pentingnya berbanding dengan sel darah merah. Selain daripada diperlukan untuk kes kehilangan darah ketika kemalangan atau pembedahan serta demam denggi berdarah, plasma dan platelet juga amat penting untuk pesakit transplantasi, kanser ataupun kes penyakit hematologi seperti leukemia.

Oleh itu, kami ingin menyeru kepada penderma darah terutamanya anak-anak muda supaya tampil ke Pusat Darah Negara untuk mendaftar sebagai penderma aferesis, jom!

 

SUMBER: FB PUSAT DARAH NEGARA, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA  https://www.facebook.com/PusatDarahNegaraKementerianKesihatanMalaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …