CUBAAN PENYELUDUPAN BARANG KAWALAN DI SEMPADAN BERJAYA DIPATAHKAN

 

TUMPAT 22 Jun : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan hari ini telah menerima serahan kes daripada Pasukan Gerakan Am Batalion 8 berhubung penyeludupan barang kawalan ke sempadan negara.
Rampasan telah dilakukan di Sekatan Pintas, Pos Nibong, Pengkalan Kubor, Tumpat keatas bahan bakar minyak petrol sebanyak 300 liter dengan nilai rampasan keseluruhan terhadap barang kawalan dianggarkan berjumlah RM 615.00 bersama sebuah kenderaan berpendaftaran Malaysia serta seorang pemandu lelaki dan kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan penguat kuasa KPDNHEP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas keatas mana-mana individu yang melanggar undang-undang yang telah dikuatkuasakan.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …