TINDAKAN KES DIBAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN 1961 DALAM OPERASI MEMBANTERAS KETIRISAN BARANG KAWALAN

 

PASIR MAS 16 Jun : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Cawangan Pasir Mas, Kelantan telah menjalankan Operasi Membanteras Ketirisan Barang Kawalan di sekitar Pasir Mas, Rantau Panjang dan sempadan negara, hari ini.
Dalam operasi tersebut pasukan mengesan pergerakan sebuah kenderaan yang mencurigakan sedang membuat pengisian minyak petrol di stesen minyak Jalan Kota Bharu – Pasir Mas, Kelantan.
Seterusnya pasukan membuat serbuan keatas saspek tersebut dan menahannya, pemeriksaan lanjut menemui sebanyak 20 liter minyak petrol didalam tong jerikin dalam kereta jenis Proton Iswara berpendaftaran Malaysia.
Selain itu telah dikenalpasti kenderaan tersebut juga membuat tangki ubahsuai bagi mengaburi pihak berkuasa, hasil pemeriksaan lanjut menemui sejumlah 48 liter minyak petrol dengan nilai rampasan barangan kawalan anggaran sebanyak RM 98.40.
Pasukan telah membuat sitaan terhadap minyak petrol 68 liter dengan nilai rampasan barangan kawalan anggaran sebanyak RM 139.40 dan menahan pemandu tersebut merupakan seorang lelaki tempatan berumur 30an bersama kenderaan dengan nilai kenderaan sebanyak RM 3000.00 yang disyaki tersebut.
Siasatan lanjut dijalankan serta kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bersama Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut