PROGRAM KEROHANIAN TAZKIRAH BULANAN KPDNHEP KELANTAN BERSAMA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK)

 

KOTA BHARU 19 Jun : Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan telah mengadakan Program Tazkirah Bulanan KPDNHEP Kelantan bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan disini hari ini.
Ceramah disampaikan oleh YBrs. Tuan Al Fadhil Ustaz Rosli Bin Che Soh, Pegawai Hal Ehwal Imarah Masjid, MAIK sebagai penceramah bagi Program Tazkirah Bulanan KPDNHEP Kelantan bertempat di Bilik Mesyuarat Sekebun Bunga KPDNHEP Kelantan kepada warga kerja KPDNHEP Negeri Kelantan.
Objektif pelaksanaan bagi menambah ilmu pengetahuan serta menerapkan ilmu kerohanian dalam diri masing-masing dan semoga amalan yang dilakukan ini beroleh keberkatan dengan harapan agar Allah SWT merahmatinya serta dalam masa yang sama juga turut diadakan secara maya atas talian program ini.
Majlis diakhiri dengan penyerahan cenderahati daripada YBrs. Tuan Saidi bin Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Penguat Negeri, KPDNHEP Negeri Kelantan kepada YBrs. Tuan Al – Fadhil, Penceramah sebagai tanda kenangan.
Turut mengiringi bersama YBrs. Tuan Nik Aziz bin Nik Man, Penolong Pegawai Tadbir dan YBrs. Tuan Hashim bin Hassan, Ketua Unit Harta Intelek, Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut