SIDANG MEDIA PEMANGKU KETUA POLIS KELANTAN ;- TANGKAPAN DAN RAMPASAN DADAH SERTA KES KANAK-KANAK KRITIKAL DISEBABKAN DRUG TOXICITY

 

IPK Kelantan, 20 Jun 2022 – Pemangku Ketua Polis Kelantan, YDH DCP Dato’ Muhamad Zaki bin Hj Harun telah mengadakan sidang media berkait tangkapan dan rampasan dadah dan kes melibatkan (1) kanak-kanak kritikal disebabkan ‘Drug Toxicity’ di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.
Dalam sidang media yang diadakan, Pemangku Ketua Polis Kelantan menyatakan kejayaan Kontinjen Kelantan dalam melaksanakan Ops Tapis Bersepadu JSJN Bil.02/2022 yang telah dilaksanakan selama (3) hari bermula 16/06/2022 sehingga 18/06/2022 di seluruh Negeri Kelantan telah membuahkan hasil dengan tangkapan sebanyak 138 orang dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM274,988.50 serta sitaan bernilai RM47,560.00.
Dalam Kes yang berasingan, Pemangku Ketua Polis Kelantan juga telah memaklumkan kes seorang kanak-kanak kritikal disebabkan drug toxicity disyaki akibat penganiayaan oleh bapa saudara di Kuala Krai, Kelantan. Dalam kenyataanya, pada 19/06/2022 jam lebih kurang 5.00 pagi, Hospital Gua Musang telah menerima seorang pesakit kanak-kanak yang tidak sedarkan diri. Setelah ujian air kencing dijalankan dapati kanak-kanak tersebut positif dadah. Mangsa dalam keadaan kritikal dan telah dipindahkan ke hospital Kuala Krai untuk tindakan lanjut. Sepasukan Pegawai bersama anggota polis JSJ IPD Kuala Krai dan anggota Balai Polis Dabong telah membuat tangkapan ke atas 1 lelaki melayu yang juga merupakan bapa saudara mangsa pada jam 2200 hrs pada hari yang sama. Kes disiasat dibawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2022.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …