PROGRAM KELANTAN FUN CAT SHOW 2022 DI IBU PEJABAT POLIS DAERAH PASIR MAS

 

Pasir Mas,18 Jun 2022 – Pemangku Ketua Polis Kelantan, YDH DCP Dato’ Muhamad Zaki bin Hj Harun bersama Pemangku Pengerusi PERKEP Kontinjen Kelantan, Datin Suzana binti Yashin dengan berbesarhati telah merasmikan Program Kelantan Fun Cat Show 2022 di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas.
Program ini merupakan program anjuran bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas dengan RJ Cat Motel & Spa dan Perkep IPD Pasir Mas yang mana sebanyak 5 kategori dipertandingkan dan disertai sebanyak 110 ekor kucing.
Turut hadir YDH ACP Mohd Nasaruddin bin M Nasir, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, YDH ACP Mohd Nor Marzukee bin Besar, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kelantan serta warga PDRM IPD Pasir Mas yang terlibat.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …