PROGRAM ‘TALK TO US’ BALAI POLIS PANTAI

KUALA LUMPUR – Program ‘Talk To Us’ Balai Polis Pantai telah diadakan di 7-Eleven Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada 17 Jun 2022.

Sjn Mazlan bin Abd Hamid, Penyelia Unit Kolaborasi Sumber Balai Polis Pantai bersama Kpl Norhuda binti Selamat dan L/Kpl Mohd Nor Shahril bin Abd Wahid telah hadir mengendalikan kaunter pameran dan penerangan. Seramai 15 orang pengunjung di 7-Eleven Taman Bukit Angkasa telah berkunjung ke kaunter tersebut.

Program bertujuan untuk menunjukkan kehadiran Polis di tempat tumpuan disamping merapatkan hubungan dua hala antara masyarakat dan PDRM. Seterusnya, memberi pengetahuan serta tips-tips pencegahan jenayah dan pendedahan aspek keselamatan serta langkah-langkah wajar dalam menjaga keselamatan diri, harta benda kepada pengunjung dengan mengedarkan risalah berkaitan pencegahan jenayah. Program ini telah berjalan lancar dan telah berakhir dengan jayanya pada jam 10.30 pagi.

 

SUMBER: FB POLIS BRICFIELDS https://www.facebook.com/polisbrickfields

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …