PENJARA BARU YANG BESAR & MODEN BAKAL DIBINA DI KETEREH !

 

KETEREH: Penjara baharu yang mampu memuatkan seramai 3,000 penghuni bakal dibina di negeri ini dengan jangkaan siap sepenuhnya pada 2027.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Mohd Sayuthi Bakar berkata, mengikut perancangan lokasi yang dipilih adalah di Ketereh selain bakal menjadi penjara terbesar dan moden di negeri itu.
Katanya, proses untuk menyelesaikan isu tanah sedang dilakukan sebelum pembinaan dilaksanakan pada hujung tahun hadapan dan dijangka mengambil masa selama beberapa tahun untuk disiapkan sepenuhnya.
“Pelaksanaan cadangan terbabit selaras dengan keperluan pemulihan banduan dan pengkategorian penjara di samping mengurangkan kesesakan yang sedia ada di penjara Zon Timur.
“Oleh itu, pertambahan anggota dan kakitangan di Jabatan Penjara Malaysia juga akan dilakukan bagi menampung keperluan petugas di lokasi baharu bagi memastikan pengurusan penjara sentiasa terkawal.
“Selain di Kelantan, beberapa negeri lain turut menerima pembangunan sama dalam pembinaan penjara baharu termasuk di Lahad Datu, Sabah yang bakal siap sepenuhnya tidak lama lagi,” katanya.
Mohd Sayuthi berkata, pembinaan penjara baharu untuk memberi fasiliti lebih baik kepada kedua-dua pihak tidak kira untuk anggota atau pegawai bertugas mahupun banduan.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …