OPS KHAS PENGARAH

 

Machang, 16 Jun 2022 – JPJ Negeri Kelantan telah mengadakan Ops Khas Pengarah di Hadapan Kem Desa Pahlawan Jalan Kota Bharu – Kuala Krai pada malam tadi.
Operasi ini di hostkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Machang dan diketuai oleh Tuan Apandi Bin Jusoh Ketua JPJ Cawangan Machang dengan kekuatan 26 orang anggota penguatkuasa dari JPJ Cawangan Machang.
Operasi ini dihadiri oleh Tuan Mohd Misuari Bin Abdullah,Pengarah JPJ Negeri Kelantan bersama pegawai kanan JPJ Negeri dan cawangan.
Objektif utama Ops Khas ini tertumpu kepada pelbagai kenderaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, dimana sebanyak 280 kenderaan di periksa serta 108 kenderaan diambil tindakan.
Operasi kali ini berjaya mengesan palbagai kesalahan dan berjaya mengeluarkan 178 notis ke atas pemandu dan pemilik kenderaan serta menyita sebuah motosikal. Antara kesalahan yang dikesan adalah tiada lesen memandu,LKM tamat tempoh,tiada perlindungan insurans,kesalahan lesen vokasional dan kesalahan teknikal.
Operasi bermula bermula jam 8.00 malam dan berakhir 12.00 malam.

Artikel/Berita Terkini

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) NEGERI MELAKA BIL 1/2024

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri …
Maklumat Lanjut

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK BERSAMA AGENSI KESELAMATAN (REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH) NEGERI MELAKA

Bukit Beruang, 28 Mac – Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka, Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan turun padang bagi …
Maklumat Lanjut

OPS PENGARAH MAC 2024

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengadakan Ops Pengarah yang mensasarkan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya …
Maklumat Lanjut