FESTIVAL KESENIAAN RAKYAT KELATE

 

18 Jun 2022- Tumpat
‘Festival Kesenian Rakyat Kelate’ anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negera, Kelantan telah diadakan di Pantai Geting,Tumpat pada 16 hb Jun hingga 18 hb Jun 2022. Pelbagai acara menarik telah dianjurkan dengan penyertaan pelbagai jabatan/agensi.
JPJ Negeri Kelantan juga tidak ketinggalan turut serta dalam festival ini dengan menawarkan perkhidmatan JPJ melalui kaunter mobile bergerak. Perkhidmatan JPJ yang ditawarkan pada festival tersebut adalah seperti berikut:
i) Pembaharuan lesen memandu GDL/PSV
ii)Pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM@Road tax)
iii)Pembayaran Saman
iv)Semakan maklumat senarai hitam
v)Pemeriksaan motosikal bagi LKM/Road tax tamat tempoh melebihi 3 tahun
vi) Pendaftaran ID My sikap orang awam
Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat (UKJRK) turut menyertai festival ini dengan mengadakan Program advokasi keselamatan jalan raya . Antara aktiviti yang diadakan ialah:
i) Pameran Keselamatan Jalan Raya
ii) Taklimat/khidmat nasihat aspek keselamatan jalan raya kepada para pengunjung
iii) Pertandingan mewarna kanak-kanak
iv) Kuiz keselamatan jalan raya
v) Teka Silang kata
vi) Menampal sticker VEM motosikal bagi tujuan kebolehlihatan
vii) Mengedarkan risalah keselamatan jalan raya termasuk larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti di jalan raya.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …