TOWNHALL MEETING PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) 2.0 DAERAH TIMUR LAUT OLEH PEJABAT KESIHATAN DAERAH TIMUR LAUT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Akauntabiliti, Kompetensi dan Kapasiti Jentera Kerajaan)

Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) dan Unit Promosi Kesihatan (UPK) dibantu oleh Unit KPAS serta NCD Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut telah mengadakan Program Town Hall Meeting (THM) Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) Peringkat Daerah Timur Laut kali kedua pada 18 Jun 2022 (Sabtu) bertempat di Auditorium A, KOMTAR Pulau Pinang. Sesi THM ini telah dihadiri seramai 127 orang pengusaha dan guru taska, tadika, tabika dan pra sekolah di sekitar Daerah Timur Laut. Taklimat berkenaan HFMD, tindakan kawalan dan penguatkuasaan serta sesi praktikal bagi langkah pencegahan HFMD seperti prosedur ‘Gatekeeping’ dan Amalan Mencuci Tangan yang betul telah dilaksanakan.

Sesi ini diharapkan dapat memberi input dalam penambahbaikan langkah-langkah kawalan dan pencegahan penyakit HFMD di institusi-institusi jagaan dan pendidikan kanak-kanak.

Sumber: Facebook Unit Promosi Kesihatan Negeri Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …