KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KESELAMATAN NEGERI, MKN JOHOR KE ATAS PENOLONG REKTOR, UiTM KAMPUS PASIR GUDANG

JOHOR BAHRU, 20 Jun 2022 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah mengadakan satu Kunjungan Hormat ke atas Penolong Rektor, UiTM Kampus Pasir Gudang iaitu YBrs. Dr. Haryana binti Mohd Hairi.

Sesi kunjungan tersebut adalah bertujuan untuk memperkasakan kolaborasi dan jaringan kerjasama yang boleh dilaksanakan antara MKN Negeri Johor dan UiTM dalam menerapkan pembentukan minda keselamatan dalam kalangan mahasiswa pengajian tinggi. Mahasiswa adalah generasi muda dan belia yang merupakan bakal pemimpin pada masa hadapan. Justeru itu, MKN Negeri Johor berhasrat untuk menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bentuk program-program yang bersesuaian. Dengan kolaborasi tersebut, diharapkan kelompok kumpulan sasar ini dapat memahami dan memainkan peranan masing-masing dalam bersama-sama untuk memastikan negara kekal berdaulat, aman dan sejahtera.

Hadir dalam Kunjungan Hormat tersebut adalah YBrs. Encik Mohd Tarmizi bin Dan, Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Johor bersama-sama dengan Penolong-Penolong Pengarah, MKN Negeri Johor.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

????? ??????????? ?????? 2021-2025
????? ????? ??????????? ?????? 8: ??????????? ??????

Sumber gambar: Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …