TANGGANI ISU BEKALAN MAKANAN NEGARA DENGAN TIGA LAGI INTERVENSI TAMBAHAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Sekuriti Makanan)

Mesyuarat Kabinet pada 15 Jun 2022 bersetuju dengan pelaksanaan tiga lagi intervensi tambahan bagi menangani isu bekalan, sekali gus merancakkan aktiviti pengeluaran makanan domestik negara.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata intervensi pertama adalah Program Kebuniti Keluarga Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi tahun 2022. Katanya, program itu dapat memanfaatkan hampir 1,350 penerima yang terdiri daripada pelbagai peringkat termasuk komuniti, usahawan dan koperasi terbabit dalam rantaian pengeluaran pertanian komuniti.

Kedua adalah Program Stokpail Ikan Segar Beku Q-FISH sebagai persediaan untuk menampung bekalan semasa musim tengkujuh dan monsun membabitkan penyediaan kuantiti stok sebanyak 1,000 tan metrik dengan peruntukan sebanyak RM7 juta. Dimaklumkan oleh YB Menteri, sebanyak 135 pasar nelayan dan 103 premis sedia ada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dimanfaatkan sebagai saluran pasaran serta ejen baharu dengan fasiliti penyimpanan bakal diwujudkan di 222 kawasan parlimen yang membabitkan peruntukan sebanyak RM2.7 juta.

Akhir sekali, bagi intervensi ketiga, akan melibatkan penambahan abattoir dan loji pemprosesan luar negara bagi tujuan meningkatkan dan mempelbagaikan sumber import bekalan ayam dan daging.

 

Sumber:

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …