PERUNTUKAN RM44 JUTA BAGI BINA BAHARU DAN BAIK PULIH RUMAH YANG MUSNAH AKIBAT BANJIR DI PAHANG

BENTONG, 16 Jun 2022 – Kerajaan Negeri Pahang telah menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT); sumbangan daripada Kedutaan Emiriah Arab Bersatu (UAE), selain peruntukan Kerajaan Negeri sendiri bagi membina baharu rumah-rumah yang musnah (total lost) serta membaik pulih rumah-rumah yang mengalami kerosakan ketika Pahang dilanda banjir pada penghujung tahun 2021.

Kerja-kerja membina baharu dan membaik pulih rumah ini melibatkan keseluruhan peruntukan berjumlah RM44.054 juta. Melalui peruntukan ini, sebanyak 148 buah rumah akan dibina baharu dengan harga setiap buah RM75,000 (tidak bertiang) dan RM100,000 (bertiang), manakala 3,948 unit rumah akan dibaikpulih dengan anggaran kos sehingga RM15,000 sebuah.

Kerja-kerja verifikasi dan pembaikan kerosakan rumah-rumah mangsa telah bermula seawal Januari 2022 dan sebahagiannya masih lagi berjalan. Dijangka kesemuanya akan selesai selewat-lewatnya Ogos 2022. Manakala kerja-kerja bina baharu 148 buah rumah akan bermula bulan ini (Jun 2022) dan dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya pertengahan September 2022.

Pelbagai agensi terlibat dalam pelaksanaan kerja-kerja bina baharu dan baikpulih rumah-rumah ini iaitu Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Kerja Raya, Syarikat Perumahan Negara Berhad, PR1MA Malaysia, FELCRA Bina dan Giat Mara.

Kerajaan Negeri juga telah melantik 90 kontraktor di seluruh negeri Pahang buat masa ini bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut manakala 13 kontraktor lagi akan dilantik dalam masa terdekat. Dan hari ini, sempena Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang yang dilaksanakan di Majlis Perbandaran Bentong, saya telah menyerahkan surat lantikan kepada kontraktor-kontraktor dari Bentong dan Raub.

Pemantauan pelaksanaan akan terus dilaksanakan sehingga kerja-kerja pembinaan dan baik pulih rumah disiapkan dengan sempurna.

Adalah diharapkan dengan bantuan ini mangsa-mangsa banjir dapat menikmati keselesaan hidup selepas bencana yang melanda.

Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dalam soal kebajikan rakyat dan akan menyalurkan segala bentuk bantuan yang sewajarnya bagi membela nasib mereka yang memerlukan.

Sumber: Laman FB Wan Rosdy bin Wan Ismail

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …