KPDNHEP KELANTAN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DE METROLOGY SDN BHD

 

KPDNHEP KOTA BHARU 14 Jun : YBrs. Tuan Aswadi bin Jaafar, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan telah menerima Kunjungan Hormat DE Metrology Sdn Bhd iaitu YBrs En. Rosmat Azmi bin Hussein selaku Eksekutif Pemasaran Wilayah Timur, DE Metrology Sdn Bhd.
Kunjungan diadakan bagi membincangkan kerjasama dan penguatkuasaan serta perundangan berkaitan Akta Timbang dan Sukat 1972 bersama KPDNHEP Negeri Kelantan.
Turut bersama YBrs. Tuan Saidi bin Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, YBrs. Haji Wan Marzuki bin Hj Wan Abd Kadir, YBrs. Tuan Raja Zul Adli bin Raja Yaacob, YBrs. Tuan Hashim bin Hassan, Pegawai KPDNHEP Negeri Kelantan, YBrs. YBrs. En. Zahiruddin bin Mohd Hussein, YBrs. Puan Fatihah binti Abdul Jabar, dan YBrs. Puan Syifa’aini binti Mustafa Shukri, Pegawai De Metrology Sdn Bhd.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …