KEJAYAAN MENUMPASKAN SINDIKET PENGEDARAN DADAH SERTA MERAMPAS 840KG DADAH JENIS GANJA DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Berkaitan Dadah)

Satu Sidang Media Khas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik YDH CP Dato’ Ayob Khan Bin Mydin Pitchay berkenaan kejayaan PDRM menumpaskan sindiket pengedaran dadah serta merampas 840kg dadah jenis Ganja di Pulau Pinang telah diadakan pada 13 Jun 2022 (Isnin).

Antara 10 Jun 2022 jam 10.50 malam hingga 11 Jun 2022 Jam 1.00 pagi, JSJN Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Pulau Pinang telah melancarkan (2) serbuan di sekitar Pulau Pinang dan telah berjaya menahan suspek (6) lelaki melayu dan (2) lelaki warganegara Thailand berumur lingkungan 35 hingga 59 tahun yang dipercayai terlibat dengan aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah jenis ganja bagi pasaran tempatan.

Hasil serbuan yang dilancarkan, JSJN telah berjaya merampas sejumlah 848 slab dadah jenis Ganja dengan anggaran berat 840kg yang dianggarkan bernilai RM 2.12 juta.

Sindiket ini dipercayai mula aktif sejak penghujung tahun 2021. Modus operandi yang digunakan sindiket ini adalah menyeludup masuk dadah Ganja dari Selatan Thailand melalui perairan dan mengedarkannya untuk pasaran tempatan.

Jumlah dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh seramai 1,680,168 orang penagih dadah. Kes disiasat di bawah Seksyen 39b ADB 1952 dan suspek direman selama 7 hari bermula 11 Jun 2022 bagi membantu siasatan.

Saringan awal polis terhadap (8) suspek tersebut mendapati (4) suspek positif THC dan (1) suspek positif Morfin. Semakan rekod jenayah mendapati (5) suspek mempunyai rekod lampau di bawah kesalahan dadah dan jenayah.

Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucutan Harta) 1988, di mana JSJN setakat ini telah menyita pelbagai aset sindiket yang dianggarkan bernilai RM80,000.00 :-

➢ (3) Kenderaan : RM 80,000.00 (Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta: RM 2.2 juta).

Operasi ini telah berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis Ganja untuk pasaran tempatan. JSJN berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka. Maklumat ini boleh disalurkan melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222.

Sumber:

PDRM Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

28,531 CALON UPKK 2023 RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG 8A

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang …
Maklumat Lanjut

TIPS PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK SEMASA DI RUMAH

Barangan elektrik tidak dapat dinafikan sangat banyak membantu memudahkan tugasan domestik seharian. Tugasan memasak, mengemas rumah dan mencuci pakaian tidak …
Maklumat Lanjut

LAPAN ANGGOTA FRU DIDAKWA SIMPAN BAHAGIAN BADAN PELANDUK

Lapan anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan bahagian …
Maklumat Lanjut