PESTA DURIAN BALIK PULAU, PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Kepentingan Negeri)

Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya telah menganjurkan Pesta Durian Balik Pulau pada 10 Jun 2022 hingga 12 Jun 2022 di Dataran Masjid Daerah Barat Daya bermula 10.00 pagi – 10.00 malam. Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan raja buah ini dengan harga yang menarik selain promosi produk-produk berasaskan durian.

Majlis Perasmian Pesta Durian Balik Pulau Tahun 2022 telah disempurnakan oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

FAMA turut tidak melepaskan peluang dengan mengadakan sudut promosi dan pameran antaranya;
• Pameran Pengeksportan Durian Sejuk Beku dalam bentuk biji ke China
• Program Khas JTDL
• Jualan Promosi produk Agromas
• Pameran Signature Product
• Ujirasa produk Agromas dan makanan berasaskan durian.

FAMA Pulau Pinang turut mempromosikan Penang FAMAFest 2022 yang akan berlangsung pada 22 hingga 26 Jun 2022 di Dataran Lotus’s Seberang Jaya.

Sumber: Facebook FAMA Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

INFO ON WHEELS (IOW)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) INFO ON …

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …