TAKLIMAT KESELAMATAN MAKANAN & PENCEGAHAN KERACUNAN MAKANAN

KUALA LUMPUR – Taklimat Keselamatan Makanan dan Pencegahan Keracunan Makanan kepada pengusaha kantin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2022 anjuran Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dengan kerjasama Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (BKKM, JKWPKL&P).

Program ini berlangsung pada 9 Jun 2022 bertempat di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, JPWPKL, Persiaran Tuanku Syed Sirajudin, Kuala Lumpur. Antara intipati taklimat ini adalah untuk memastikan pengusaha kantin sekolah dan pengendali makanan mematuhi amalan kebersihan makanan yang baik serta mengamalkan penyediaan makanan yang betul dalam mencegah kes keracunan makanan.

Turut diadakan pameran keselamatan makanan yang diselaraskan oleh BKKM, JKWPKL&P untuk memberi pendedahan dan maklumat kepada para peserta taklimat.

 

SUMBER: FB JABATAN KESIHATAN WP KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA  https://www.facebook.com/JKWPKLP

Artikel/Berita Terkini

TENTERA KHAS MALAYA DI CONGO KEMBALI KE TANAHAIR

Pada 16 April tahun 1962, seramai 916 orang pegawai dan anggota tentera khas Malaya yang berkhidmat di Congo selama lebih …

PERSIDANGAN PERSATUAN PARLIMEN NEGARA-NEGARA KOMANWEL

Pada 4 November dalam tahun 1963, DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar …

PERSETUJUAN UNTUK MEMBENTUK BADAN PERUNDING MAPHILINDO

Pada 12 Jun dalam tahun 1963, Sidang Manila yang dihadiri oleh Menteri-menteri Luar Indonesia, Tanah Melayu dan Filipina telah mencapai …