1415 LITER MINYAK PETROL BERJAYA DIPATAHKAN DALAM CUBAAN PENYELUDUPAN KE NEGARA JIRAN

 

KOTA BHARU 9 Jun : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor Tumpat, Kelantan telah menjalankan Operasi Bersepadu membanteras ketirisan barang kawalan.
Serbuan jam 5.00 pagi dilakukan setelah mengesyaki rumah tersebut dijadikan tempat simpanan transit sementara sebelum dibawa ke sempadan negara untuk tujuan penyeludupan.
Pemeriksaan lanjut telah menjumpai 49 tong-tong plastik yang telah berisi minyak petrol anggaran sebanyak 1225 liter berada dibawah garaj simpanan kereta. Turut dijumpai minyak petrol di dalam 5 tong plastik putih anggaran sebanyak 50 liter berada di tempat duduk penumpang belakang dan juga terdapat tangki tambahan yang telah diubahsuai berada dibawah bonet belakang motokar dengan anggaran sebanyak 140 liter bagi tujuan mengisi minyak petrol.
Modus operandi kali ini saspek membuat pengisian minyak petrol secara berulang di stesen-stesen minyak secara berulang kali bagi mengaburi pihak berkuasa dan menyimpan barang kawalan tersebut disebuah rumah dijadikan tempat pengumpulan transit sementara seterusnya dibawa seludup ke negara jiran.
Nilai rampasan barangan kawalan minyak petrol anggaran sebanyak RM 2701.25 dan sebuah kenderaan berpendaftaran Malaysia anggaran sebanyak RM 10,000.00

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …