PROGRAM MALAYSIA SPORTS LEAGUE (MSL) 2022 PERINGKAT KAWASAN BATU BAGI ACARA SUKAN BOLA KERANJANG (3 ON 3)

KUALA LUMPUR, 4 Jun 2022 – Telah berlangsung dengan jayanya Program Malaysia Sport League (MSL) 2022 peringkat kawasan Batu bagi acara sukan bola Keranjang (3 on 3) pada hari ini bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sentul Utama. Program berkenaan merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Sentul Utama.

Program berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran YBrs. Encik Asmori bin Haji Sa’ahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P Kuala Lumpur yang turut membuat balingan sebagai simbolik penganjuran program tersebut.

Pasukan Wolf telah dinobatkan sebagai Johan bagi kategori lelaki manakala Pasukan Maaruf Fc bagi kategori wanita pada kali ini dan akan mewakili Kawasan Batu untuk bertanding di peringkat negeri nanti.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Norsafinah binti Haya, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju. Program berkenaan diakhiri dengan sesi bergambar kenangan bersama para pemenang. Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada para pemenang.

Sumber : FB JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …