MAJLIS PERASMIAN PROGRAM WOMEN SPORTS CHALLENGE (WSC) TAHUN 2022

KUALA LUMPUR, 4 Jun 2022 – Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara telah menganjurkan Program Women Sports Challenge (WSC) pada 4 dan 5 Jun 2022 bertempat di Kompleks Sukan Sky Arena, Setapak, Kuala Lumpur. Majlis Perasmian pada hari ini telah disempurnakan oleh Encik Sabran bin Abd. Bahar, Pemangku TKP Bahagian Pembangunan Sukan mewakili Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Program Women Sports Challenge (WSC) bertujuan untuk merealisasikan hasrat Kerajaan bagi menggalakkan dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah “Negara Sukan”(Sporting Nation) disamping meningkatkan penglibatan dan penyertaan wanita dalam aktiviti sukan selaras dengan objektif Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan 2021-2025.

Perlaksanaan Program Women Sports Challenge (WSC) dilaksanakan dengan kerjasama strategik antara Jabatan Belia dan Sukan Negara bersama persatuan-persatuan sukan yang berkaitan mengikut jenis sukan yang dipertandingkan iaitu Bola Jaring, Futsal dan Bola Tampar.

Turut hadir ke majlis perasmian tersebut adalah Encik Halman bin Salleh, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan dan Puan Norsafinah binti Haya, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju mewakili Jabatan Belia dan Sukan W.P Kuala Lumpur.

Sumber : FB JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

TENTERA KHAS MALAYA DI CONGO KEMBALI KE TANAHAIR

Pada 16 April tahun 1962, seramai 916 orang pegawai dan anggota tentera khas Malaya yang berkhidmat di Congo selama lebih …

PERSIDANGAN PERSATUAN PARLIMEN NEGARA-NEGARA KOMANWEL

Pada 4 November dalam tahun 1963, DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar …

PERSETUJUAN UNTUK MEMBENTUK BADAN PERUNDING MAPHILINDO

Pada 12 Jun dalam tahun 1963, Sidang Manila yang dihadiri oleh Menteri-menteri Luar Indonesia, Tanah Melayu dan Filipina telah mencapai …