PENGANJURAN WORLD OCEAN WEEK (WOW 2022) DI TERENGGANU

————————————————————————————————————————
KUALA TERENGGANU, 7 JUN 2022
————————————————————————————————————————
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) akan menganjurkan sambutan World Oceans Week Tahun 2022 (WOW 2022) bersempena World Oceans Day yang disambut pada 8 Jun setiap tahun. Bertemakan β€œRevitalization: Collective Action for the Ocean”, WOW 2022 disambut dengan pelbagai aktiviti berteraskan laut dan marin melibatkan penglibatan pelajar, staf, agensi dan komuniti di peringkat tempatan dan kebangsaan.
.
Objektif penganjuran WOW 2022 antaranya adalah bagi memberi pendedahan kepada masyarakat setempat khususnya, dan komuniti umumnya, tentang kepentingan memelihara dan memulihara lautan dan ekosistemnya demi mengekalkan kemapanan untuk generasi akan datang. WOW 2022 juga diharapkan dapat menjadi medium pemindahan ilmu melalui penyaluran maklumat kepada para pelajar dan komuniti untuk memulihara dan melindungi biodiversiti marin.
.
Acara pelancaran WOW 2022 akan diadakan pada 6 Jun 2022 bertempat di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Program pelancaran WOW 2022 diadakan dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sempena Hari Kesedaran Keselamatan Maritim peringkat kebangsaan. Pelbagai acara menarik akan berlangsung pada 6 Jun 2022 ini nanti. Semoga aktiviti ini dapat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan laut dan pantai dalam usaha kita menjaga alam sekitar. Dan semoga kemeriahan program ini dapat memupukkan semangat kesepaduan nasional dikalangan masyarakat.
—————————————————————————————————————–