????????? ?????? ???????? ??? ??????? ???????? ?? ?????? ??????? ???? ?

????????? ?????? ???????? ??? ??????? ???????? ?? ?????? ??????? ???? ?
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki telah melakukan kunjungan hormat ke atas Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2) Laksamana Muda Sazalee bin Shoib bertempat di Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) pada pukul 12 tengahari, semalam.
Kunjungan hormat ini bertujuan mengeratkan hubungan dan mengukuhkan kerjasama di antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM). Perbincangan dan kerjasama strategik ini adalah tradisi yang mana memberi mesej jelas berkaitan keutuhan hubungan di antara Maritim Malaysia dan TLDM di dalam berkongsi idea dan pelan operasi bersama bagi penguatkuasaan dan keselamatan di laut Sandakan.
SUMBER: AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut