KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS PULAU PINANG – OP CANTAS TANJUNG (III)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Georgetown, 02 Jun 2022 – YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang telah menghadiri Sidang Media di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang. Dalam siding Media tersebut telah dimaklumkan kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Pulau Pinang.

??? ???????

“?? ?????? ??????? (???)” ?? ????? ???? ????????? ??????????? (???????-??????? ????) ???? (?????)

Pada 24 Mei 2022 lebih kurang jam 12.00 tengahari, satu tindakan khas di bawah Op Cantas Tanjung (III) telah dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang dibantu oleh Bahagian Jenayah Terancang (D14), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

Seramai (11) orang saspek telah berjaya ditangkap. Kumpulan ini dipercayai menjalankan aktiviti jenayah penyeludupan dadah ke negara jiran serta memiliki senjatapi dan telah bergiat aktif sejak tahun 2021.

Hasil siasatan dan risikan yang dijalankan telah berjaya merampas (2) pucuk pistol iaitu sepucuk pistol semi auto jenis glock dan sepucuk pistol semi auto beretta bersama (90) butir hidup 9mm beserta sebutir bom tangan. Kes disiasat di bawah seksyen 8 akta senjatapi (penalti lebih berat) 1971 / seksyen 8 (a) akta senjata 1960.

Kesemua tangkapan kini disiasat di bawah seksyen 130 V kanun keseksaan kerana menganggotai sebuah kumpulan jenayah terancang dan ditahan reman di bawah seksyen 4 (5) akta kesalahan keselamatan (langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA) selama (28) hari mulai 24 Mei 2022 hingga 21 Jun 2022.

 

Sumber:

PDRM Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut