KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS PULAU PINANG – OP CANTAS AMMAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Georgetown, 02 Jun 2022 – YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang telah menghadiri Sidang Media di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang. Dalam sidang Media tersebut telah dimaklumkan kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Pulau Pinang.

“?? ?????? ????? – ??? ???????? ???????? ? ?????? ?????”

Pada 23 Julai 2021, jam lebih kurang 8.30 malam satu kejadian tetak berlaku di hadapan rumah di alamat Lorong Impian 9, Taman Impian, Bukit Mertajam. Saspek seramai (4) orang yang menaiki sebuah motokar warna hitam dan memakai topeng muka serta bersenjatakan senjata tajam telah mencederakan mangsa.

Bertindak atas maklumat, Jabatan Siasatan Jenayah, IPK Pulau Pinang telah melancarkan beberapa serbuan dalam operasi ini dan telah berjaya menangkap seramai (18) orang saspek. Kesemua tangkapan mempunyai rekod jenayah dalam pelbagai kesalahan termasuk dadah.

Hasil daripada tangkapan, pihak polis percaya telah berjaya menyelesaikan kes ini. Pihak polis juga masih mengesan seorang lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kes ini.
Turut dirampas adalah (1) buah kereta jenis Hyundai Sonata warna hitam yang dipercayai digunakan oleh saspek dalam serangan terhadap mangsa.

Kesemua individu yang ditahan disiasat mengikut seksyen 326 kanun keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan penjara yang boleh sampai (20) tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebatan.

 

Sumber:

PDRM Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …