MESYUARAT SEKRETARIAT DASAR PERUNDANGAN SYARIAH MALAYSIA

PUTRAJAYA, 31 MEI 2022 – Satu mesyuarat bersama Sekretariat Dasar Perundangan Syariah bagi membincangkan perkembangan halatuju dalam memartabatkan perundangan syariah di Malaysia yang dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBhg Datuk Hajah Hakimah Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah JAKIM dan YBrs Dr. Muhammad Yamin Ismail, Pengarah Kanan, Bahagian Dasar Kemajuan Islam, JAKIM.

Turut hadir, YBhg Tan Sri Syeikh Ghazali Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil; YAA Dato’ Setia Dr Hj Mohd Naim Mokhtar, Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, YBhg. Dato’ Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI dan Tuan Zawawi Ismail, Penasihat Undang-undang JAKIM.

Antara perkara yang dibincangkan ialah hala tuju serta perkembangan beberapa peraturan dan akta berkaitan perundangan syariah termasuk RUU355 dan peraturan-peraturan berkaitan Akta Peguam Syarie. Selain itu, peraturan baru Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam turut dibentangkan dan dibincangkan.

SUMBER: FB JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA – JAKIM  https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …