KEMPEN SKIM POTONGAN ZAKAT BULANAN (SKIM PZB)

KUALA LUMPUR, 1 JUN 2022 – Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah mengadakan sidang media pelancaran Kempen Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) dengan membawakan tema “ZAKAT TANDA SYUKUR“ yang bermula 1 Jun – 31 Disember 2022.

Objektif kempen ini adalah bagi meningkatkan pembayar dalam kalangan kakitangan swasta dan kerajaan untuk memilih saluran bayaran potongan zakat bulanan yang lebih mudah dan selamat.

Penyertaan kempen ini terbuka kepada semua pembayar zakat melalui saluran Skim PZB sama ada pembayar baru atau pembayar sedia ada yang ingin menambah jumlah potongan zakat.

Pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan kepada pembayar zakat yang menyertai kempen ini.

CARA PENYERTAAN SKIM PZB

Daftar Skim PZB secara dalam talian melalui:

atau secara manual (isi borang) yang boleh didapati di:

  • Kaunter PPZ-MAIWP di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  • Majikan

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini, sila layari www.zakat.com.my atau ikuti kami di Facebook Pusat Pungutan Zakat.

Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada info@zakat.com.my atau hubungi talian zakat 1 300 88 5757

“JOM POTONG DENGAN PZB“

 

SUMBER: FB PUSAT PUNGUTAN ZAKAT https://www.facebook.com/myzakat

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗜 𝟮𝟰 𝗝𝗔𝗠

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Polis Barat …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗦𝗔𝗠𝗦𝗘𝗡𝗚 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Operasi ini  …
Maklumat Lanjut

TERENGGANU BERPOTENSI JADI HUB PENGELUAR NR-REE UTAMA NEGARA

Terengganu berpotensi menjadi negeri pengeluar serta pemprosesan utama unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Malaysia jika hasil itu berjaya …
Maklumat Lanjut