SITUASI SEMASA DENGGI DI PUTRAJAYA ME-21/2022

SITUASI SEMASA DENGGI DI PUTRAJAYA ME-21/2022

(22 Mei 2022 – 28 Mei 2022)

Sepanjang Minggu Epid ke-21/2022, Putrajaya melaporkan sembilan (9) kes dan satu (1) wabak baharu Denggi. Tren pendaftaran kes Denggi dan wabak masih meningkat berbanding minggu sebelumnya, malah telah melepasi jumlah kes dan wabak bagi tempoh sama tahun 2021. Secara kumulatif sebanyak 61 kes dan 8 wabak Denggi telah didaftarkan. Jumlah ini menunjukkan peningkatan +21 kes (+52.5%) dan +1 wabak (14.3%) berbanding pada tahun 2021.

Terbaru, wabak Denggi dilaporkan di kawasan perumahan jenis kuarters kerajaan. Antara tempat pembiakan yang menyumbang kepada penularan virus Denggi adalah di sampah-sampah tabur seperti plastik sampah yang tidak dibuang dengan betul atau tidak diurus dengan baik. Selain itu, pembiakan di struktur-struktur bangunan seperti di longkang, lantai simen dan kawasan bumbung turut ditemukan.

Pejabat Kesihatan Putrajaya (PKPj) berharap semua agensi meliputi semua warga Putrajaya, anggota syarikat-syarikat penyelenggaraan bangunan rumah dan pejabat kerajaan serta badan-badan berwajib seperti @Bahagian Pengurusan Hartanah , @Perbadanan Putrajaya, @MPPWP Putrajaya, @COMBI K.L & PUTRAJAYA, @Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, @AlamFlora, @Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya dan pertubuhan-pertubuhan NGO sama-sama memastikan semua kawasan di bawah seliaan anda bebas dari Aedes!

Budayakan aktiviti ”Cari & Musnah” di kawasan pejabat dan perumahan anda setiap minggu.

Terapkan langkah pencegahan dari gigitan nyamuk setiap hari.

Pegawai Kesihatan WP Putrajaya
30 Mei 2022
SUMBER: FB ZAINAL ABIDIN ABU BAKAR https://www.facebook.com/zainalabidin.nurain

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …