TINJAUAN UDARA DI KAWASAN SEMPADAN OLEH PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK

 

Kelantan, 23 Mei 2022 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, YDH CP Dato’ Ayob Khan bin Mydin Pitchay meneruskan pemantauan ke atas kawasan sempadan negara melalui tinjauan udara dengan menaiki pesawat Helikopter AW139 9M-PMD Udara 38 yang diketuai oleh juruterbang YDH SAC Dato’ Noor Sham bin Md Jani, pembantu juruterbang ASP Haji Mohammad Firdaus bin Rosli dan pemerhati Udara KPL Nurul Liyana binti Zakaria.
Tinjauan udara ini adalah bertujuan bagi mendapatkan gambaran lebih jelas kawasan atau jalan-jalan tikus di sempadan yang dijadikan sebagai laluan pengedaran dadah di antara Malaysia dan Thailand. Terdahulu, YDH CP Dato’ Ayob Khan bin Mydin Pitchay berkesempatan menyantuni pelajar Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Rantau Panjang.
Hadir bersama dalam lawatan ini adalah YDH SAC M Kumar A/L S Muthuvelu, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta), YDH ACP Choong Kok See, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Technical Intelligence Analysis), YDH ACP Sheik Azhar bin Sheik Omar, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan, YDH Supt Abdul Hamid bin Allah Bukksh, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan serta YDH Supt Mohamed Salim bin Gulam Mohamad, Penolong Pengarah Narkotik (Urus Setia).

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …