LAWATAN KERJA PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK DI KOMPLEKS ICQS RANTAU PANJANG

 

Rantau Panjang, Pasir Mas, 23 Mei 2022 – Pemangku Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Muhamad Zaki bin Harun mengiringi lawatan kerja Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, CP Dato’ Ayob Khan bin Mydin Pitchay ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, Kelantan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik terlebih dahulu telah sampai melawat Kompleks Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Rantau Panjang mendengar taklimat ringkas daripada Tuan Mohd Nasir bin Deraman, Pengarah Kastam Negeri Kelantan berkaitan kawalan keselamatan sempadan darat Malaysia-Thailand.
Lawatan kerja telah diteruskan dengan melawat kawasan Pejabat MAQIS, Perkhidmatan dan Pemeriksaan Malaysia, Rantau Panjang, Liputan Media turut diadakan bersama pengamal media tempatan. Seterusnya Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dibawa melawat Sungai Golok Boundary Post oleh pihak Kastam Diraja Malaysia dan pihak Imigresen Thailand. Lawatan Kerja di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, Kelantan mendapat kerjasama yang baik diantara pihak berkuasa tempatan Malaysia-Thailand.
Kemuncak lawatan kerja di Kontinjen Kelantan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman telah dibawa melawat ke Pejabat Sekretariat Nukleus Narkotik (SNN) Kelantan yang terletak di Bandar Pasir Mas bagi menyantuni dan menyampaikan amanat kepada Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …