RAKYAT DISARAN UNTUK KOMITED DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Semangat Kenegaraan)

Rakyat Malaysia disarankan untuk memperluaskan penggunaan Bahasa Melayu dari segenap aspek kehidupan dalam usaha mengantarabangsakan bahasa Melayu di persada dunia. YAB Perdana Menteri Datuk Seri Ismail ketika merasmikan Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 22 Mei 2022 lalu berkata, keluarga Malaysia perlu mempunyai jati diri dalam memartabatkan bahasa Melayu dan membuktikan bahawa menggunakan bahasa ibunda tidak akan mengekang kemajuan negara.

YAB Perdana Menteri juga telah mula menggunakan Bahasa Melayu semasa rundingan dua hala dengan terjemahan bahasa Inggeris sebagai lampiran dan yakin bahawa tidak ada cacat cela rundingan menggunakan bahasa Melayu asalkan mesej yang ingin disampaikan diterima dengan baik walaupun tidak berbahasa Inggeris.

Gagasan memperkasa Bahasa Melayu ini akan bermula dengan arahan kepada perkhidmatan awam serta perluasannya di semua jabatan dan agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi kerajaan samada persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa awam.

Keluarga Malaysia juga seharusnya yakin untuk menggunakan bahasa Melayu kerana rakyat negara lain seperti Perancis, Jerman dan Jepun yang mengangkat bahasa ibunda mereka juga boleh maju berbanding negara lain.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut