MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

KUALA LUMPUR, 19 MEI 2022: Pengerusi Kor Perkhidmatan Diraja, Mej Jen Hj Abdul Aziz bin Samsi @ Hj Shamsudin, Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Brig Jen Abdul Aziz bin Abu Hassan serta lebih 1,500 pegawai, anggota serta veteran Kor Perkhidmatan Diraja menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain bertempat di Dewan Dato’ Yaacob, 91 Depoh Bekalan Pusat.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang penuh warna dan gilang gemilang ini bertemakan beraya di kampung telah menyediakan pelbagai hidangan dan minuman hari raya yang menarik di samping coffee corner di hadapan dewan bagi para jemputan mengeratkan silaturrahim bertemu antara satu sama yang lain setelah  2 tahun sambutan ini tidak dapat dilaksanakan kerana pandemik COVID-19. Majlis turut diserikan lagi oleh persembahan dari Band D’Semenggos dan juga Alunan Tradisi.

Seramai 100 orang pelajar dari Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM) telah dijemput bagi sama-sama menyerikan lagi majlis ini. Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja turut mnyampaikan sumbangan daripada Kor kepada semua pelajar STAY ATM yang hadir.

 

SUMBER: FB ROYAL SERVIE CORPS – RSC 

https://www.facebook.com/Royal-Service-Corps-RSC-101371561631106/

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …