KUNJUNGAN HORMAT PKN MKN MELAKA KE ATAS KETUA POLIS MELAKA

AYER KEROH – Tuan Mohd Nasrul bin Menhat, Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka telah melakukan Kunjungan Hormat ke atas Ketua Polis Melaka iaitu DCP Dato’ Zainol Bin Hj. Samah pada 24 Mei 2022 bertempat di IPK Melaka.

Antara perbincangan adalah berkaitan peranan dan fungsi MKN selaku agensi penyelaras keselamatan negara yang dipayungi dasar induk iaitu Dasar Keselamatan Negara 2021 – 2025. DKN ini memperkenalkan konsep Keselamatan Menyeluruh iaitu suatu doktrin baru yang bersesuaian dengan persekitaran keselamatan semasa dan tempoh mendatang. Melalui konsep ini, pengurusan keselamatan yang semakin kompleks dapat dikendalikan secara terancang melalui pelbagai aspek.

Tuan Mohd Nasrul bin Menhat turut menandatangani Buku Pelawat disaksikan oleh Ketua Polis Melaka

Pertemuan ini juga turut membincangkan mengenai perancangan program melibatkan agensi keselamatan negeri Melaka bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa dilindungi dan terus terpelihara.

Turut hadir ialah Mejar Mokhzaini bin Mokhtar Rudin, ASP Nurrulhuda binti Ramli, Encik Redzuan Syah bin Mansor, Puan Siti Azira binti Abdul Aziz dan Puan Norazlyn binti Muhamad Norizan.

Penyampaian cenderamata kepada Ketua Polis Melaka

#MKNMelaka

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pihak KPDN …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut