PENUBUHAN INKUBATOR BLOCKCHAIN, IOT LENGKAPKAN EKOSISTEM PEMBUATAN PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pengurusan Eko-Sistem Ekonomi Digital Malaysia)

Penubuhan 25 Startups, inkubator pertama Malaysia untuk teknologi Blockchain dan Internet-of-Things (loT), tepat pada masanya untuk melengkapkan ekosistem pembuatan Pulau Pinang yang kukuh.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, 25 Startups akan menarik pelbagai syarikat permulaan tempatan dan asing yang khusus dalam Blockchain dan loT yang matlamatnya untuk menguji potensi pasaran mereka dalam industri teknologi Malaysia yang berkembang pesat dan membangunkan produk mereka di peringkat tempatan di Pulau Pinang.

Menurut beliau lagi, walaupun pandemik memperlahankan pertumbuhan syarikat permulaan dalam beberapa tahun ini, Pulau Pinang bertentangan dengan trend itu dengan peningkatan aktiviti baru-baru ini dan kadar pertumbuhan di sini mungkin lebih tinggi dengan pemain yang sesuai.

Beliau berkata, Pulau Pinang yang juga dikenali sebagai Lembah Silikon Timur, mempunyai industri pembuatan yang kukuh dengan pengalaman selama 50 tahun, menempatkan lebih 350 syarikat multinasional dan lebih 3,000 perusahaan kecil dan sederhana dalam sektor pembuatan, serta menarik jutaan pelancong setiap tahun.

Susulan itu, syarikat permulaan teknologi boleh memanfaatkan rantaian bekalan syarikat gergasi teknologi dan syarikat perindustrian ini untuk menyelesaikan masalah serta isu dunia sebenar.

Dengan semua ruang kerja bersama ini terletak di Daerah Digital Kreatif di Pulau Pinang, beliau berharap syarikat permulaan akan mengambil peluang menyertai dan bersepadu dengan hab ini yang dikuasakan sepenuhnya oleh infrastruktur 5G untuk memenuhi semua keperluan digital.

Firma modal teroka di sebalik 25 Startups, Pengerusi Karuna Khoshee Venture Capital Sdn Bhd, Datin Ros Suryati Alang berkata, selain menggalakkan syarikat permulaan dalam Blockchain dan IoT, ia turut menumpukan usahanya mentransformasikan inovasi syarikat permulaan kepada model perniagaan yang mencatatkan keuntungan boleh dikomersialkan.

Sumber:

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …