MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2021 & JASAMU DIKENANG 2022

 

Kota Bharu, 21 Mei 2022 – Telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 dan Jasamu Dikenang 2022 bertempat di Dewan Puteri Sa’dong Hotel Grand Riverview, Kota Bharu,Kelantan dengan JPJ Negeri Kelantan sebagai tuan rumah penganjuran peringkat Zon Timur pada kali ini.
Majlis tahunan yang diadakan ini melibatkan negeri-negeri Zon Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan buat kakitangan yang mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2021 serta menghargai kakitangan yang bakal dan telah bersara pada tahun 2022.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Zailani Hj. Hashim, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia dan turut disaksikan oleh YBrs. Tuan Aedy Fadly Bin Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan Dan Operasi) JPJ Malaysia, YBrs. Tuan Mohd. Misuari Bin Abdullah, Pengarah JPJ Negeri Kelantan, YBrs. Tuan Zulkarnain Bin Yassin, Pengarah JPJ Negeri Terengganu dan YBrs. Puan Tuan Kamarul Iskandar Bin Nordin, Pengarah JPJ Negeri Pahang.
Syabas dan tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 serta selamat bersara buat kakitangan yang akan dan bakal bersara pada tahun 2022 ini.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …