NADMA JAMIN RIZAB TELAGA AIR BAWAH TANAH NEGARA MENCUKUPI BAGI MENGHADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN BENCANA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pengurusan Perubahan Iklim)

Susulan peralihan Monsun Barat Daya yang bermula sejak 14 Mei lalu, Malaysia secara amnya akan mengalami kurang hujan dan boleh mengakibatkan jerebu jika berlaku kejadian pembakaran terbuka tanpa kawalan.

Oleh itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memberi jaminan bahawa telaga tiub atau telaga aktif sumber air bawah tanah dalam negara mempunyai rizab yang mencukupi bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya bencana pada musim ini. Selain itu, pihak NADMA turut menasihatkan semua agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana negara agar sentiasa bersiapsiaga menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh berlaku sepanjang tempoh peralihan monsun.

Sumber : Bernama

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut