JELAJAH MYSTARTUP DIADAKAN DI PULAU PINANG DARI 23-24 MEI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Keutuhan Ekonomi)

 Jelajah MYStartup yang terdiri daripada program untuk memperkasakan ekosistem dan komuniti pemula niaga di Malaysia akan diadakan di Pulau Pinang dari 23 hingga 24 Mei 2022.

Dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui agensinya, Cradle Fund Sdn Bhd, jelajah itu adalah sebahagian daripada usaha untuk memastikan komuniti pemula niaga yang terletak di luar Lembah Klang tidak dikecualikan daripada menyertai dan mendapat manfaat daripada acara pemerkasaan pemula niaga melalui Program MYStartup.

MOSTI dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, Jelajah MYStartup itu akan disertai oleh syarikat pemula niaga dari Pulau Pinang dan negeri jiran.

Ia akan menampilkan pemula niaga yang dijemput khas seperti Piktochart, Easy Parcel, Niagawan, Neptrix dan Havva Agrotech.

Kementerian itu berkata, sesi pemadanan perniagaan antara syarikat pemula niaga dan pelabur akan dianjurkan dalam usaha membantu syarikat baharu meningkatkan potensi mereka untuk mendapatkan pelaburan sambil mengembangkan rangkaian mereka antara pelabur dan syarikat baharu lain.

Jelajah itu akan disokong oleh komuniti dan rakan teknikal seperti Digital Penang, Invest Penang, Universiti Sains Malaysia, Microsoft Malaysia, Digital Nasional Bhd, SIRIM Bhd dan Future Lab.

Sumber:

Bernama & Sinar Harian

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …