DYMM SULTAN JOHOR TERIMA LAPORAN PASUKAN PETUGAS KHAS BATU PUTEH, BATUAN TENGAH DAN TUBIR SELATAN

JOHOR BAHRU, 15 Mei 2022 – DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima laporan Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan Kerajaan Persekutuan bagi menyemak isu-isu dan tindakan perundangan berhubung kes Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama Pengerusi Pasukan Petugas Khas, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, telah mempersembahkan laporan berkenaan serta menyampaikan taklimat kepada Tuanku Sultan Ibrahim di Istana Polo, Johor Bahru. Berangkat sama ke pertemuan itu adalah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Pada 29 Oktober lalu, Kabinet telah bersetuju untuk membentuk satu Pasukan Petugas Khas rentetan dari keputusan Kerajaan Persekutuan ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2018 untuk tidak meneruskan permohonan semakan semula kes Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). DYMM Sultan Ibrahim dilaporkan bertitah bahawa, keputusan sedemikian seolah-olah mengaku kalah sebelum memasuki gelanggang di mahkamah berkenaan, walaupun ada penemuan bukti baharu yang memihak kepada Malaysia dan keputusan untuk tidak meneruskan permohonan disifatkan seolah-olah soal kedaulatan Johor tidak penting kepada kerajaan pada waktu itu.

Dalam pertemuan tersebut juga, DYMM Tuanku Sultan Ibrahim menegaskan sekali lagi kepada Pasukan Petugas Khas bahawa sebab-sebab keputusan kerajaan pada ketika itu untuk tidak meneruskan semakan semula kes itu di ICJ perlu dimaklumkan kepada pengetahuan umum.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

SEREMBAN SENTRAL BAKAL UBAH SEREMBAN JADI PUSAT BANDAR MODEN, SELESA

Projek pembangunan bersepadu Seremban Sentral yang akan dimajukan oleh Sunway Bhd bakal mengubah bandar Seremban yang lama menjadi pusat bandar …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN PERTAHAN CADANGAN PELUPUSAN ANJING LIAR

Kerajaan Negeri Sembilan mempertahankan keputusan melaksanakan pelupusan anjing liar yang dimulakan di kawasan majoriti Melayu demi menyelesaikan masalah umum. Menurut …
Maklumat Lanjut

PATI ‘KEPANASAN’ DISERBU, SANGGUP TERJUN SETINGGI ENAM METER

Nekad terjun dari platform setinggi enam meter dan bersembunyi di celah barang binaan antara gelagat pendatang asing tanpa asing (PATI) …
Maklumat Lanjut