BANTUAN KHAS KERAJAAN NEGERI JOHOR KEPADA SEMUA BILIK GURU DI NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU, 16 Mei 2022 – Sebagai tanda terima kasih kerajaan negeri Johor diatas pengorbanan dan jasa guru-guru, YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi telah mengumumkan Bantuan Khas berjumlah RM5,000.00 kepada semua bilik guru di Negeri Johor yang melibatkan 1,190 buah sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di Johor dan 585 buah Sekolah Agama Kerajaan Johor. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 1,775 buah sekolah.

Bantuan yang melibatkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri Johor berjumlah sebanyak RM8.88 juta itu akan diselaraskan oleh ADUN Kerajaan atau Penyelaras DUN bersama-sama Pegawai Daerah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Bantuan ini akan memberi manfaat kepada 53,130 guru di seluruh Johor.

Pada 16 Mei 2022 bersamaan dengan Hari Guru, YAB Menteri Besar Johor, telah meluangkan masa melawat Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru (English College). Dalam lawatan tersebut juga beliau telah meluluskan permohonan sebanyak RM200ribu untuk sekolah tertua di Johor itu bagi tujuan penyelenggaraan dewan di Maktab Sultan Abu Bakar. Turut hadir bersama dalam program lawatan tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, YB Cik Norlizah Binti Noh, YBrs Timbalan Pengarah Pendidikan Pembelajaran Tuan Haji Shahilon Bin Abd Halim.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Selamat Hari Guru

‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …