MAJLIS PENYERAHAN PEMBERIAN GERAN NEGERI JOHOR 2022 KEPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) NEGERI JOHOR

ISKANDAR PUTERI, 11 Mei 2022 – YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi telah menyerahkan Geran Negeri Johor 2022 kepada beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam satu Majlis Penyerahan Pemberian Geran Negeri Johor 2022 kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kota Iskandar. Pada tahun 2022, sebanyak RM28.57 juta telah diperuntukkan berbanding RM13.7 juta pada 2021, iaitu peningkatan lebih sekali ganda.

Geran ini disalurkan untuk meringankan beban PBT bagi menampung perbelanjaan mengurus dan operasi PBT seperti bayaran pengurusan sisa pepejal, penyelenggaraan kemudahan awam, kebersihan dan keindahan di kawasan PBT. Peningkatan ini adalah bagi membantu PBT yang terkesan daripada segi kutipan hasil akibat penularan wabak COVID-19 serta perbelanjaan tambahan yang dikeluarkan bagi membantu rakyat. Antaranya pengecualian lesen perniagaan dan sewa gerai, pemberian sumbangan kepada pihak yang terjejas akibat COVID-19, kerja-kerja pembersihan dan sanitasi serta penguatkuasaan SOP. Semua peruntukan ini terus digunakan dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …