PEMBAHARUAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Jabatan Imigresen Malaysia menerusi Laman Facebook miliknya berkongsi informasi berkaitan dengan pembaharuan pasport Malaysia antarabangsa.

Adalah dimaklumkan bahawa Sistem Temujanji Online (STO) telah dimansuhkan mulai 11 Mei 2022, namun, STO bagi urus niaga lain masih diteruskan seperti biasa.

Turut dimaklumkan, bagi sebarang Pembaharuan / Gantian PMA boleh dilaksanakan secara atas talian melalui MyOnline Pasport boleh dilakukan menerusi pautan:

https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport

atau secara walk-in bagi kategori yang berikut:

* Permohonan kali pertama

* Permohonan pelanjutan kanak-kanak 13 tahun ke bawah

* Pasport hilang / rosak

* Warga Emas (60 tahun ke atas)

* OKU

* Pelajar berumur 21 tahun dan ke bawah menyambung pelajaran peringkat Ijazah di luar negara

* Jemaah Haji

Selain itu, bagi pemohon yang mempunyai masalah cap jari boleh meneruskan bayaran dan hadir terus ke pejabat pemungut yang dipilih bagi pengambilan cap jari. Kelulusan menerusi MyOnline Pasport boleh diperoleh dalam tempoh tiga (3) hari bekerja menerusi notifikasi yang dihantar kepada e-mel dan pemohon boleh hadir ke pejabat pemungut sekiranya tidak mendapat notifikasi selepas tempoh tersebut.

Artikel/Berita Terkini

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut

LOKASI KAMERA AwAS DI LEBUHRAYA UTARA–SELATAN (PLUS)

 LOKASI KAMERA AwAS DI LEBUHRAYA UTARA–SELATAN (PLUS) Pemandu yang menggunakan Lebuhraya PLUS, ambil perhatian! Kamera AwAS (Automated Awareness Safety System) …
Maklumat Lanjut