TUNDA LUAR KAWASAN, OP CARILAMAT: MAYAT DISYAKI INDIVIDU TERJUN JAMBATAN PERTAMA PULAU PINANG DIJUMPAI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Georgetown, 18 Mei 2022 – Operasi CARILAMAT yang masuk hari ketiga dihentikan setelah Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang menerima panggilan dari Balai Polis Perai memaklumkan penemuan mayat disyaki individu terjun jambatan pertama Pulau Pinang pada 16 Mei 2022. Mayat tersebut ditemui lebih kurang jam 9.40 pagi tadi terapung oleh nelayan tempatan lebih kurang jarak 2.3 barat daya Pulau Rimau. Mayat mangsa dibawa oleh bot RH 35 Pasukan Polis Marin ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk proses pengecaman dan sanitasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mayat kemudian dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

 

Maritim Malaysia merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pasukan Polis Marin Batu Uban, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Agensi Pertahanan Awam yang turut serta membantu dalam operasi CARILAMAT ini.

Sumber : Laman FB APMM

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …