OPERASI ANTI LITTER BANDARAYA OLEH MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah menempatkan pasukan Anti Litter Jabatan Perkhidmatan Perbandaran untuk memantau kawasan-kawasan tumpuan pelancongan terutamanya di Padang Kota Lama. Operasi Anti Litter Bandaraya ini telah diadakan pada 14 Mei 2022.

MBPP berasa kesal kerana masih ada segelintir pengunjung yang tidak bertanggungjawab dengan sengaja melemparkan sisa pembungkus makanan dan minuman bersepah di kawasan tersebut.

Sehubungan itu, tindakan tegas penguatkuasaan telah dilaksanakan dengan pengeluaran Notis Pemberitahuan Kesalahan (kompaun) kepada pengunjung-pengunjung yang melakukan kesalahan.

MBPP turut mengingatkan bahawa tanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar harus dipikul bersama agar kesegaran dan keindahan dapat dinikmati semua lapisan masyarakat.

Artikel/Berita Terkini

CIRCUMSICION PROGRAMME BILATERAL MALAYSIA THAILAND 2024

CIRCUMCISION PROGRAMME 2024 TARIKH: 22 April 2024 MASA: 0930H – 1230H TEMPAT: Loh Jood Sub-District Administrative, Organisation, Waeng, Narathiwat Thailand …
Maklumat Lanjut

𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗦𝗜𝗝𝗜𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗞𝗔𝗡𝗔𝗞-𝗞𝗔𝗡𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pengambilan Pelatih …
Maklumat Lanjut

PERBELANJAAN ISI RUMAH DIUNJUR MENINGKAT KEPADA RM903.8 BILION

KUALA LUMPUR: BMI, firma penyelidikan di bawah Fitch Solutions menjangkakan perbelanjaan isi rumah Malaysia akan naik lima peratus dari tahun …
Maklumat Lanjut