INFO PENUTUPAN SEMENTARA LALUAN BAWAH PEJALAN KAKI TEMBOK PADANG KOTA LAMA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Dalam Negeri)

PADANG KOTA LAMA, 17 MEI 2022 – Pasukan penguatkuasa MBPP telah mengadakan kawalan keselamatan dan tidak membenarkan orang awam berada di laluan bawah pejalan kaki Tembok Padang Kota Lama berikutan berlaku air laut pasang yang mencapai ketinggian melebihi kawasan tersebut pada petang 16 Mei 2022.

Orang awam adalah dinasihatkan supaya TIDAK menggunakan laluan bawah dan elakkan berada di tepi Tembok Padang Kota Lama semasa berlaku air laut pasang tinggi di kawasan tersebut demi keselamatan.

Terdahulu, Majlis Perasmian dan Pembukaan Tembok Padang Kota Lama Esplanade (Tapak Warisan Dunia UNESCO) George Town, Pulau Pinang telah diadakan pada 13 Mei 2022 dan disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang. Tembok Padang Kota Lama kini berwajah baru selain bertujuan sebagai penahan ombak secara teknikal, ia juga menjanjikan suasana yang sangat menarik dan bakal menjadi tarikan terkini destinasi pelancongan di Pulau Pinang.

Sumber:

Majlis Bandaraya Pulau Pinang – MBPP

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …