KPDNHEP PULAU PINANG KELUARKAN 269 KOMPAUN DALAM TEMPOH JANUARI HINGGA APRIL 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Bukit Mertajam: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengeluarkan 269 kompaun membabitkan nilai RM95,000 untuk tempoh 1 Januari hingga 30 April lalu.

Pengarahnya Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata, sebanyak 19,666 premis telah diperiksa sepanjang tempoh sama bagi memastikan pemain industri mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan. Sebanyak 184 kes kompaun paling tinggi direkodkan menurut Akta Kawalan Harga dan Pencatutan iaitu membabitkan kesalahan harga mahal dan tiada tanda harga.

Pegawai penguat kuasa KPDNHEP sentiasa menjalankan pemantauan dan pemeriksaan di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah seperti pasar raya, pasar awam, dan pasar tani. Pemeriksaan untuk memastikan pengguna dilindungi daripada aktiviti pengambilan keuntungan berlebihan oleh peniaga yang tidak beretika ketika musim perayaan.

 

Sumber:

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …