KSN MELAWAT MANGSA BANJIR JANDA BAIK

BENTONG, 12 Mei 2022 – Saya bersama KP ICU, KP NADMA, Pegawai Daerah Bentong, Ketua Polis Pahang, KP JPS serta wakil Pejabat YAB Perdana Menteri turun padang melawat keadaan mangsa banjir kilat di Janda Baik, Pahang.

Saya juga diberikan taklimat terkini berkenaan banjir, serta menyempurnakan amanah YAB Perdana Menteri untuk menyampaikan sumbangan bantuan kecemasan sebanyak RM1000 kepada 160 buah keluarga yang terkesan dengan musibah ini.

Saya telah mengarahkan bantuan segera diberikan kepada mangsa-mangsa banjir terutamanya dalam kerja-kerja pembersihan dan pembaikan. Saya turut mengarahkan semua agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana untuk memberi penyelesaian yang holistik berkaitan musibah ini merangkumi pelan jangka pendek, sederhana dan panjang.

Terima kasih kepada pasukan keselamatan dan penyelamat yang telah bertindak dengan pantas dalam memberikan bantuan bagi menyelamatkan mangsa-mangsa banjir. Sama-sama kita doakan agar bencana yang berlaku ini diangkat dan dihindarkan oleh Allah SWT.

Sumber: Laman FB Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara

Artikel/Berita Terkini

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN PERINGKAT NEGERI JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat …
Maklumat Lanjut

ESSCOM KOMITED ANGKAT SEMULA IMEJ ESS ZONE SEBAGAI KAWASAN KESEJAHTERAAN

KINABATANGAN (27 Mac): Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) komited untuk mengangkat semula imej Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) sebagai …
Maklumat Lanjut

WARGA ASING DITAHAN MEMILIKI SYABU DI TAWAU

TAWAU (27 Mac): Polis menahan seorang lelaki warga asing serta merampas dadah jenis syabu seberat 51.57 gram di sekitar kawasan …
Maklumat Lanjut